Thursday, December 2

eh, bce la kaum hawa. haha :D

 1.
Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskn airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

 2.
 Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

3.
Wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu ramai wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

 4.
Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang bersama lelaki lain.

 5.
Apabila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6.
Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

 7.
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dgnya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
 
8.
Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. 

9.
Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
 
10.
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka
 
11.
Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung tak berguna.

12.
Bersikap terlalu serius, boleh mematikan mood wanita. 

13.
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya di hatinya amat gembira,bangga dan tak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
 
14.
Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
 
15.
Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenal dirimu dgn lebih dalam.
 
16.
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, lupakanlah dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
 
17.
Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
 
18.
Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!
  
19.
Setelah sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.
 
 20.
Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku-buku cinta.  

21.
Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


No comments:

Post a Comment